Dalam kegunaan semasa Mesin daftar tunai

Mesin daftar tunai biasanya mempunyai kekunci berlabel "NS", yang bermaksud "Tiada Jualan" ("No Sale"), serta membuka laci, mencetak resit yang mengatakan tiada jualan serta merekodnya di dalam log daftar bagi menandakan mesin daftar tunai sudah dibuka. Sesetengah mesin daftar tunai pula memerlukan kata laluan atau kunci sebenar untuk membuka laci. Di sesetengah negara, undang-undang memerlukan penggunakan untuk mengambil resit dan menyimpannya sekurang-kurangnya buat seketika selepas meninggalkan kedai,[2][3] juga untuk menyemak rekod jualan kedai agai ia tidak dapat lari dari cukai jualan.

Mesin daftar tunai selalunya turut disambungkan pada alat timbang, pembaca kod bar, tempat jualan, serta terminal kad kredit dan kad debit. Kini, semakin banyak mesin daftar tunai yang digantikan dengan komputer serba guna yang dilengkapi perisian tempat jualan.

Hari ini, mesin sebegini membaca kod bar bagi setiap barangan, memperoleh harga daripada pangkalan data, mengira potongan harga jualan, mengira cukai jualan atau cukai perkhidmatan kerajaan, mencatatkan inventori, tarikh dan masa transaksi, merekod butir-butir transaksi termasuklah barangan yang dibeli, merekod kaedah pembayaran, menyimpan jumlah jualan bagi setiap barang jualan serta bagi tempoh tertentu, serta pelbagai tugasan lain. Terminal jualan turut mencatatkan nama juruwang bertugas serta pelbagai maklumat tawaran jualan.

Pada masa sekarang, kebanyakan mesin daftar tunai terdiri daripada komputer individu yang berasaskan MS-DOS, Windows atau Unix. Banyak juga mesin yang dilengkapi skrin sentuh. Mesin-mesin tersebut boleh disambungkan ke rangkaian pusat jualan menggunakan mana-mana protokol. Sistem-sistem sebegini boleh dicapai dari jauh untuk tujuan memperoleh rekod atau penyelesaian masalah.